Isnin, 7 Oktober 2013

Cerita 1

            Lahir dalam suasana sederhana dengan kehidupan keluarga yang agak susah tidak meletakkan saya dalam cita-cita sederhana namun mempunyai impian yang tinggi. Banyak perkara yang ingin dicapai, cuma tak pernah menceritakan impian saya walau kepada ibu dan ayah. Namun jauh di sudut hati saya bertekad untuk mengubah hidup keluarga. Asalnya saya tidak suka suasana sekolah di tempat saya, biasalah ramai "mischief" ala samseng kampung yang tak menyenangkan mata.
     Saya bersyukur dapat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama berasrama ketika itu, dapat belajar suasana baru. Namun cita-cita bukankah nak jadi ahli dibidang itu. Dengan hasrat ingin memiliki perniagaan sendiri saya melanjutkan pelajaran di Bidang Perniagaan. Oleh kerana keputusan cemerlang, dapat tawaran pelbagai bank semasa dalam pengajian lagi. Kerana tak berapa berkenan bekerja di Bank, tolak lah semua, tapi  nyesal juga tak terima. kalau ikutkan hati nak aje. Namun saya memegang prinsip tak mahu kerja di institusi kewangan terutamanya konvensional. 

           Tak lama dapat tawaran lanjutkan pelajaran keluar negara kat US . Seronok sungguh rasanya, nak ke "oversea" kononnya. Tapi tak sampai hati nak lukakan hati abah yang tak berapa setuju belajar di sana. Pendam aje keinginan walaupun nak sangat. Tak ade rezeki pujuk hati ini.
    Bila hidup melawan arus, bayak dugaan dan rintangan menyusul silih berganti hinggakan kerap saya merasakan kehilangan daya untuk menyusur. Dalam tak sedar semua pengalaman pahit getir yang dilalui memberikan pendidikan yang tiadak bandingan. Ia menjadi sumbu untuk saya teruskan perjuangan ke destinasi seterusnya.

Hari ini saya bersyukur kerana kini saya punyai kekuatan bertapak dan melangkah ke dunia perniagaan bersama suami yang dikasihi. Saya bersyukur kami punyai kesefahaman yang kuat untuk melucur dunia perniagaan bersama. Berjuang bersama pasangan memberi kekuatan yang luar biasa bagi saya dan anda juga akan merasakannya. Saya memanjatkan syukur dan sentiasa memohon Allah sentiasa memberi petunjuk dalam setiap usaha yang saya lakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan